728x90 AdSpace

Latest News

Saturday, 2 January 2016

Wajah Terkini Bayi Terselamat Daripada TRAGEDI Highland Tower Yang Pernah MENGGEMPAR Malaysia Saat Dulu


Wajah Terkini Bayi Terselamat Daripada TRAGEDI Highland Tower Yang Pernah MENGGEMPAR Malaysia Saat Dulu
"Saya teringin berjumpa 'bayi' itu. Saya nak tahu apa jadi dengan dia dan saya tak akan berhenti mencari dia..." Info penuh dan gambar jelas di dalam. Teruskan membaca...



Disebalik Kejadian mengerikan runtuhan bangunan HIGHLAND TOWER rupanya masih ada satu cerita tentang bayi yang terselamat ketika tragedi itu, yang kini sudah lebih 20 tahun berlalu .
“Saya teringin berjumpa ‘bayi’ itu. Saya nak tahu apa jadi dengan dia dan saya tak akan berhenti mencari dia.”

Itu luahan Tan Sri Mohamad Zaman Khan Rahim Khan kepada penulis ketika bertemunya.
Sudah lebih dua dekad, beliau ‘mengenali’ bayi itu, tetapi pertemuan mereka hanya sebentar dan ketika kanak-kanak itu belum mampu mengingati banyak perkara dalam hidupnya.
Sudah hampir 21 tahun tragedi kondominium Highland Towers runtuh berlalu, namun tidak ada satu detik pun kenangan itu yang lupus daripada ingatannya. Tambahan pula, beliau antara individu yang menyelamatkan ‘bayi’ berkenaan, Nur Hamidah Najib, 18 bulan dan ibunya, Umi Rashidah Khoruman, 22, dalam insiden malang yang mengorbankan 48 nyawa.

“Saya memang menyimpan impian untuk berjumpa dengan bayi yang kami selamatkan kira-kira 20 tahun lalu. Bayi berkenaan warga Indonesia. Justeru, saya berusaha untuk mendapatkan bantuan daripada pihak kedutaan untuk berjumpa dengan bayi berkenaan, mungkin dia kini sudah berusia awal 20-an.

“Saya pernah terbaca, emak bayi berkenaan berada di Indonesia. Saya akan teruskan usaha mencari bayi berkenaan. Mungkin pada usianya hari ini, remaja itu sudah berkahwin. Saya hendak tahu bagaimana keadaannya sekarang.” katanya.

Mungkin ramai yang sudah tahu, Zaman Khan adalah antara pegawai kanan polis terawal tiba di lokasi kejadian. Mungkin ramai juga yang mengingati ‘babak’ Zaman Khan berdiri di atas runtuhan dan mendukung seorang bayi, seorang daripada hanya dua mangsa yang berjaya diselamatkan dalam tragedi 11 Disember 1993, yang menyayat hati itu.
Mengimbau saat itu, Zaman Khan yang ketika itu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), dipanggil ke lokasi kejadian. Maklumat awal yang diterima, pokok jatuh atas bangunan.

“Saya terfikir, kenapa beritahu saya perkara ini? Bagaimanapun, sebagai anggota polis, kami bertanggungjawab menyelamatkan harta benda dan nyawa.

“Ketika itu, baru saya dimaklumkan, kondominium runtuh dan ramai yang mati. Sampai di tempat kejadian, sudah ada pasukan penyelamat yang mencari mangsa yang masih hidup.

“Saya pun berjalan di atas bangunan yang runtuh, terdengar suara orang minta tolong, tapi orangnya tak nampak, namun suaranya makin kuat. Apabila timbunan kayu dan batu dialihkan baru kami nampak seorang bayi bersama ibunya. Anggota bomba yang tarik keluar bayi dan ibunya,” katanya.
Hari ini, apabila melalui kawasan Highlands Towers yang dipenuhi tumbuhan, beliau pasti berasa sayu.

“Sayu melihat keadaan Highlands Towers. Dua bangunan masih teguh berdiri. Penagih dadah jadikan bangunan itu untuk melepaskan gian. Bangunan itu tidak ada hantu. Ketika penggambaran Highlands Towers, saya terbabit sama.

“Saya tak pernah dengar orang kena usik dengan hantu. Hantu pun lari apabila penagih dadah menyorok di sana! Orang kita saja yang mudah percaya dengan benda mistik,” tambahnya.
KETIKA tragedi petang Sabtu itu, dia sedang mandi manakala isterinya ada bersama dengan anak mereka.

Tiba-tiba blok pangsapuri setinggi 12 tingkat itu bergegar. Dia menyerahkan anak perempuan mereka kepada pembantu rumah dan menyuruhnya untuk menyelamatkan diri. Pembantu rumah dan anak mereka nyaris gagal melepasi pintu keluar sebelum keseluruhan bangunan itu runtuh.

Bagi Pengerusi Yayasan Sime Darby, Tun Musa Hitam, tragedi itu sesuatu yang amat menyakitkan untuk diingati. Anak lelakinya, Carlos Rashid dan menantunya, Rosina Abu Bakar, terkorban dalam tragedi Higland Towers yang runtuh pada 1993.

“Apabila saya terdengar berita itu, saya berada di Kota Tinggi (Johor) melawat penduduk kampung di sana. Saya bergegas balik. Salah seorang menantu lelaki saya dan pengawal peribadi ada bersama saya tetapi tiada siapa boleh menceritakan perkara sebenar.
“Saya memandu pulang yang mengambil masa hampir tiga jam. Saya dapat merasakan sesuatu yang serius telah berlaku,” kata bekas Timbalan Perdana Menteri berusia 79 tahun itu.

“Apabila tiba di lokasi, saya hanya dapat melihat sisa runtuhan. Soalan pertama saya adalah: Dimana anak lelaki saya? “Tiada siapa dapat memberitahu saya bahawa dia masih hidup.

Apa yang mereka katakan, mereka masih lagi melakukan operasi mencari. Berita baik adalah cucu perempuan saya, Marisa, selamat. Mayat Carlos dan Rosina berjaya ditemui beberapa hari selepas tragedi 11 Disember itu yang meragut 48 nyawa.

“Tiada kata-kata dapat mengambarkan perasaan saya. Saya masih ingat lagi bekas setiausaha saya berkata:’Saya tidak mahu anda melihat mayat mereka.”

Dan Musa tahu lebih baik untuk mendengar kata-katanya.

Di sebalik kesedihan itu, Musa kembali bersemangat untuk meneruskan kehidupan.

“Saya perlu mengaku bahawa apabila sesuatu tragedi berlaku, satu perkara yang saya tahu pasti – walaupun berasa marah – ia adalah disebabkan kecuaian orang yang tidak bertanggungjawab. Saya juga terfikir mengenai wujudnya unsur rasuah dan pengabaian.

“Perkara yang menyedihkan sepanjang 20 tahun adalah tiada apa yang berubah. Terdapat banyak tragedi serupa dan kita yakin semua pihak menyuarakan rasa kesal, marah dan berjanji perkara itu tidak berulang lagi .

“Semuanya hanya cakap-cakap kosong dan tiada apa dilakukan terutamanya dari segi perlaksanaan undang-undang, peraturan dan lebih penting, penguatkuasaan. “Selepas insiden itu, kita duduk bersama-sama dan bercakap mengenai masa depan Marisa. Pada mulanya, saya dan isteri menganggap adalah lebih baik Marisa tinggal bersama kami.
Namun selepas setahun dapat menerima situasi ini dan sentiasa sibuk, kami memutuskan adalah lebih baik jika Marisa dijadikan anak angkat dan dijaga oleh anak perempuan saya, Rosana, yang baru saja berkahwin pada ketika itu,” kata Musa.

Rosana adalah anak perempuan bongsu Musa, hasil perkahwinan pertamanya. “Rosana menjaga dan memberi pendidikan kepada Marisa seperti anaknya sendiri. Dia ada dua orang anak sendiri dan membesarkan mereka bertiga tanpa prejudis.

Marisa kini berusia 20 tahun dan merupakan pelajar tahun dua jurusan psikologi di Universiti Sheffield, Britain. Bagaimanapun, dia hanya mengetahui perkara sebenar mengenai kedua-dua ibu bapanya beberapa tahun lalu.

“Pada hari pertama setiap Hari Raya, adalah menjadi amalan kami untuk menziarahi kubur dimana anak lelaki dan menantu saya dikebumikan.

Apabila masa berlalu, kami mula menceritakan kepadanya bahawa itu adalah kubur ibu dan bapanya. Dia mendengar penjelasan kami dan dapat menerimanya.

“Kini dia sudah memahami situasi itu sepenuhnya,” kata Musa yang juga Pengerusi Yayasan Forum Ekonomi Islam Sedunia dan Pengerusi UmLand Bhd. 20 tahun berlalu, Musa masih sukar untuk melupakan tragedi hitam itu.

“Saya masih ingat dijemput oleh Carlos ke pangsapuri mereka untuk makan tengah hari seminggu sebelum insiden itu.

Ia amat pelik, tetapi saya masih ingat, terlihat jentolak dari jarak jauh di atas bukit. Saya enggan terlalu memikirkannya tetapi ia masih meninggalkan kesan. Mengimbau kembali, ia boleh jadi simbolik: satu amaran sesuatu yang buruk akan berlaku,” katanya.

Amat menyedihkan, saat itu adalah kali terakhir Musa bertemu anak lelakinya. Beliau kesal kerana tidak dapat meluangkan banyak masa bersama dengan anak sulungnya itu kerana begitu aktif dalam politik pada ketika itu.

“Kini anak lelaki saya sudah tiada, dan saya ada seorang lagi anak lelaki dan seorang cucu perempuan. Saya cuba meluangkan masa bersama mereka. Saya bersyukur kepada Allah kerana diberi peluang kedua,” katanya.

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Wajah Terkini Bayi Terselamat Daripada TRAGEDI Highland Tower Yang Pernah MENGGEMPAR Malaysia Saat Dulu Description: Rating: 5 Reviewed By: Gadis Blog
Scroll to Top