728x90 AdSpace

Latest News

Thursday, 7 January 2016

Penduduk Hairan Seluar Dalam, C0Li Hilang..Rupanya Kerja Dia..

"Memang kami hairan kerana coli dan seluar dalam yang dijemur di ampaian sering hilang, namun tidak menyangka lelaki yang dilihat ...



Misteri kehilangan coli dan seluar dalam wanita yang menghantui penduduk sekitar Kampung Sungai Muda, dekat Kota Kuala Muda, di sini, terjawab apabila seorang lelaki dicekup bersama baldi mengandungi sejumlah pakaian dalam wanita. 

Aktiviti keji lelaki berusia lingkungan 20-an itu terbongkar apabila penduduk kampung melihat dia mencuri pakaian dalam wanita di beberapa rumah pada kira-kira jam 1 tengah hari. 



Penduduk, Ahmad Kamil Mihamad, 40, berkata penduduk yang menyedari perkara itu kemudian berpakat dan berjaya menangkap lelaki terbabit, sebelum menemui satu baldi berisi coli dan seluar dalam yang baru dicuri. 

"Memang kami hairan kerana coli dan seluar dalam yang dijemur di ampaian sering hilang, namun tidak menyangka lelaki yang dilihat muncul di kawasan kampung sejak beberapa hari lalu adalah pencurinya," katanya. 

Ahmad Kamil berkata, penduduk kampung menyerahkan lelaki itu kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. 

Sementara itu, foto lelaki terbabit yang dikatakan dari Semeling, dekat sini, yang diikat pada batang pokok bersama beberapa pakaian dalam yang dicuri tersebar sehingga menjadi viral di media sosial. - BH

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Penduduk Hairan Seluar Dalam, C0Li Hilang..Rupanya Kerja Dia.. Description: Rating: 5 Reviewed By: Gadis Blog
Scroll to Top