728x90 AdSpace

Latest News

Sunday 27 December 2015

AMAT JIJIK! Budak ini makan ular masak grill setiap hari selama 5 tahun, lihat apa yang ditemui di dalam kepalanya amat menjijikkan


Akibat gemar makan makanan eksotik termasuk ular masak grill, seorang budak lelaki yang berusia 11 tahun, Liang Liao tidak menyangka kepalanya menjadi tempat tinggal bagi parasit sepanjang tiga inci.

Parasit berkenaan bergerak bebas di sekeliling otaknya menyebabkan dia sering mengalami sakit kepala. 

Liang hanya dirujuk ke hospital oleh ibu bapanya selepas dia mengalami sawan. 

Selepas pemeriksaan dijalankan, doktor terkejut dengan penemuan parasit itu yang dikenalpasti sebagai sparganosis. 

Susulan itu satu pembedahan telah dijalankan dan sparganosis telah dibuang. 

Sparganosis sering hidup dalam badan manusia apabila seseorang itu makan makanan tercemar daripada anjing, ular, katak dan babi, jika ia tidak dimasak dengan sempuna. 

Dalam pada itu, bapa budak terbabit, Liang Chao berkata anaknya itu sering makan makanan yang dijual di jalanan dan jarang makan makanan yang dimasak di rumah. 

“Saya tidak tahu kenapa dia makan makanan yang menjijikkan itu dan dia pernah memberitahu saya dia makan ular masak grill. 

“Saya ragu-ragu penjual menjual makanan yang bersih. Dia hanya berusia 11 tahun dan tidak tahu membezakan antara yang bersih dan kotor,’’ katanya.


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: AMAT JIJIK! Budak ini makan ular masak grill setiap hari selama 5 tahun, lihat apa yang ditemui di dalam kepalanya amat menjijikkan Description: Rating: 5 Reviewed By: Gadis Blog
Scroll to Top